APAKAH ITU AGENSI PEKERJAAN?

Syarikat Agensi Pekerjaan merupakan sebuah syarikat yang menjadi vendor dalam membekalkan tenaga kerja/pekerja kepada sesebuah syarikat yang lain. Kebiasaannya, seorang pekerja yang bekerja melalui syarikat agensi pekerjaan akan tertakluk kepada jawatan kontrak/sementara. Namun yang demikian, hal ini bukanlah menjadi batu penghalang bagi seorang pekerja itu memegang jawatan untuk tempoh yang lebih lama, kerana tempoh kontrak pekerjaan boleh dipanjangkan mengikut prestasi pekerja. Segala maklumat dan prestasi pekerja akan difailkan oleh syarikat agensi pekerjaan tersebut dan akan dinilai dari masa ke semasa.

Seperti yang dinyatakan dalam perjanjian kontrak pekerjaan, segala bentuk kebajikan, elaun, dan gaji pekerja adalah menjadi tanggungjawab syarikat agensi pekerjaan itu sendiri. Bukanlah menjadi kerisauan buat pekerja kerana, elaun dan gaji pekerja adalah 100% akan dibayar terus kepada pekerja itu sendiri tanpa sebarang komisen atau penolakan buat agensi pekerjaan atau erti kata lainnya, tiada kadar caj yang tersembunyi. Seperti Agensi pekerjaan AJ Tawakal Sdn. Bhd., ia merupakan sebuah organisasi hak milik persendirian dan kami disini sentiasa mementingkan ketelusan buat setiap pekerja yang berdaftar disini. Serta dengan wujudnya “Platform Kerjaya Anda” ini, kami berharap dapat menolong lebih ramai lagi golongan yang sedang mencari kerja sekaligus membantu mengurangkan kadar pengangguran di Negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *