Tujuan utama temuduga diadakan ialah untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk tujuan organisasi berkenaan. Dalam perkara ini, pihak majikan akan menyenarai pendek nama calon-calon. Calon-calon yang dipanggil temuduga biasanya adalah calon-calon yang layak dari segi kelayakan tersurat atau bertulis.
Maka temuduga dijalankan untuk mengenalpasti betul-betul calon yang akan dipilih itu sememangnya mempunyai kelayakan dari berbagai-bagai aspek (terutamanya yang tidak dapat dinilai melalui borang permohonan) seperti motivasi dan kesungguhan, minat, personaliti, keupayaan berfikir, pengalaman dan sebagainya.